Tuesday, August 11, 2009

Monday, July 13, 2009

Friday, July 10, 2009

Jawatankuasa Induk Chua Linduis Family

Jawatankuasa Induk Chua Linduis Family 2009

Penaung : Linduis Jounggil (Nenek)
Presiden : Francis Chua
Tim. Presiden : Abdullah Chua
Setiausaha Agung : Abdul Malek Chua
Bendahari : Annie Chua

Pegawai Sosial & Perhubungan Awam :
Pegawai Sukan :
Pegawai Kebajikan :
Pegawai Tugas-Tugas Khas :

Tugas-tugas
PRESIDEN

a) Presiden hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat Agung Persatuan dan semua
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan.

b) Pengerusi mesyuarat hendaklah mengesahkan dan menandatangani semua bil yang diluluskan
oleh Jawatankuasa Pengurusan dan bersama-sama dengan Bendahari Kehormat hendaklah
menandatangani semua cek bagi Persatuan.

c ) Presiden hendaklah mempunyai hak untuk membuat undi pemutus.

d) Presiden berhak mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan pada bila-bila masa.

e) Dalam keadaan mendesak - darurat, Presiden berhak diberi kuasa untuk bertindak dengan
hanya merujuk sekurang - kurangnya 2 orang ahli Jawatankuasa Pengurusan, tetapi perkara ini
hendaklah dilaporkan untuk pengesahan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan yang
berikutnya.

f) Semasa ketiadaan Presiden, Timbalan boleh bertindak selaras dengan kuasa yang diberikan
kepada Presiden.

g) Semasa ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden, Jawatankuasa Pengurusan boleh melantik
salah seorang ahli Jawatankuasa untuk bertindak sebagai Pengerusi.

SETIAUSAHA

a ) Setiausaha bertanggungjawab memanggil semua Mesyuarat Agong Persatuan dan
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan.

b) Setiausaha dipertanggungjawabkan menyimpan semua minit Mesyuarat Agong
Persatuan dan minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan. Beliau hendaklah sentiasa
memaklumi ahli-ahli tentang kegiatan-kegiatan penting yang dilakukan oleh Persatuan.

c) Setiausaha hendaklah bersama-sama dengan Presiden dan Bendahari Kehormat
menandatangani semua cek bagi pihak Persatuan.

d) Setiausaha Kehormat hendaklah menguruskan surat-menyurat Persatuan atas arahan
Jawatankuasa Pengurusan serta menyimpan daftar ahli-ahli persatuan.

e) Setiausaha hendaklah menyediakan Laporan Tahunan bagi Persatuan dan
mengemukannya beserta Penyata Kewangan kepada Jawatankuasa Pengurusan untuk
pengesahan, sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Agong.

BENDAHARI

a ) Bendahari bertanggungjawab mengumpulkan dan menyimpan akaun semua wang
simpanan Persatuan dan hendaklah mengeluarkan resit bagi setiap bayaran yang dibuat kepada
Persatuan.

b ) Bendahari hendaklah memberikan notis kepada ahli-ahli yang mempunyai tunggakan
yuran bulanan.

c ) Bendahari hendaklah membuka akaun bank sekiranya diarahkan oleh Jawatankuasa
Pengurusan untuk berbuat demikian dan hendaklah menyimpan semua wang yang diterima bagi
pihak Persatuan, kecuali sejumlah yang tidak melebihi RM 500.00 yang disimpan olehnya
sebagai tunai runcit.

d ) Semua cek, hendaklah ditandatangani oleh Bendahari Kehormat, Setiausaha Kehormat dan
Presiden.

e ) Bendahari hendaklah mengemukakan penyata bulanan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Pengurusan.

f ) Bendahari hendaklah menyediakan Penyata Kewangan bagi tahun kewangan semasa,
yang telah diaudit dan mengemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan untuk pengesahan
sebelum membentangkannya dalam Mesyuarat Agong untuk pengesahan, serta ahli yang
berhutang.

Bday Nenek 2007







1st Blog of Chua Linduis Family

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera,

Syukur laa.. create blog ni sekejap saja. Besarlah harapan creator of this blog supaya semua ahli keluarga Chua Linduis dapat singgah dan sama-sama mengupdatekan (hehe) blog ni.

Semua aktiviti akan dicatatkan di sini seberapa kerap yang boleh.

Semoga keluarga ini terus bersatu dan sentiasa bekerjasama, saling membantu dan yang penting sekali .. 'happy' .

Sekian.

*creator*